MB: Walau Tiada Majoriti 2/3, Dunia Tak Kiamat

BN Johor tidak melihat kehilangan majoriti mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai satu masalah.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata BN masih membentuk kerajaan yang kuat dan memiliki majoriti selesa untuk memerintah Johor, lapor Berita Harian.

Katanya, sesetengah kerajaan negeri juga memiliki majoriti bawah dua per tiga, tetapi berjalan tanpa masalah.

"Parlimen sudah lama hilang majoriti begitu juga Perdana Menteri, tetapi tiada pun dunia kiamat.

“Salah (kenyataan) Pengerusi Parti Amanah (Negara) itu, macam mana nak jadi ketua kerajaan kalau itu pun tidak faham.

"Kita (kerajaan negeri) tidak dalam keadaan lemah kerana kita ada majoriti yang besar, majoriti selesa dan bukan semata-mata nombor, apa yang penting kepada kita fokus dan laksana kerja dengan berkesan dan baik," beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam sidang media selepas sebuah acara di Pasir Gudang hari ini, Khaled diminta mengulas pelantikan anggota DUN (ADUN) Jorak Datuk Dr Shahruddin Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Pelantikan itu sekali gus membuatkan Shahruddin gugur keanggotaan Umno dan menjadi wakil pembangkang dalam dewan negeri.

Mengulas perkembangan itu, Khaled bagaimanapun berkata, BN Johor menganggapnya sebagai realiti politik semasa dan tidak bermakna parti pemerintah menjadi lemah.

BACA JUGA: Projek Bola Sepak Negeri Johor Terbaik di Asia

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now