Microsoft Gagal Beli Facebook Pada Tahun 2010 Dengan Nilai RM100 Bilion

Microsoft baru-baru ini telah membeli LinkedIn pada harga mencapai RM106.9 bilion.


Dengan nilai perbelanjaan yang tinggi oleh Microsoft, mungkin ramai yang bertanyakan mengapa Microsoft tidak mengambil-alih Facebook.

Berkongsi mengenainya, Steve Ballmer (bekas CEO Microsoft) mengatakan Microsoft pada tahun 2010 pernah cuba mengambil-alih Facebook.

Ketika itu, Steve Ballmer menawarkan sebanyak $24 bilion (~RM100 bilion) untuk mengambil-alih Facebook.

Walaubagaimanapun, ia ditolak oleh Mark Zuckerberg ketika itu. Lanjutan daripadanya, kini Facebook telah berkembang pesat, dan bernilai sekitar $374 bilion (~RM1565 bilion) pada hari ini.

Bercakap pada temuramah sama, Steve Ballmer mengatakan mereka tidak pernah merancang untuk mengambil-alih Twitter.

Sumber: Amanz

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now