Najib Kenal Pasti Individu Gugat Perpaduan Kaum, Jamal Yunos Tidak Tersenarai

KUALA LUMPUR : Perpaduan rakyat di Malaysia pada hari ini diancam oleh dua individu yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini.


Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bertekad untuk meneruskan agenda 1Malaysia bagi mengukuhkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Najib menyimpulkan bahawa usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang oleh pihak-pihak berkenaan.

“Fasa pertama pada 2008, di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman. Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.

“Sebelum ini, tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum,”katanya.

Tambah Perdana Menteri lagi, fasa kedua pula bermula pada tahun ini apabila ‘seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk satu lagi parti politik Melayu mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima’.

Najib berkata lagi, perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan melalui perhimpunan yang berselindung di sebalik imej bipartisan dan multiracial memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.

“Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.

“Lebih menyedihkan lagi, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan memecah-belahkan rakyat ini, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu,”jelas Najib.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional turut berkata, ancaman fasa ketiga dijangka akan berlaku kerana kedua-dua individu tersebut dilihat berbaik-baik.

“Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya pada fasa ketiga.

“Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan,”katanya.

BACA JUGA: Ketua Baju Merah Ikrar Cetuskan Tragedi 13 Mei Sekali Lagi

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now