Nasi Lemak Anak Dara Tolak Dua Tawaran Kerja Lumayan

BATU PAHAT: Gadis yang viral dengan perniagaan 'nasi lemak anak dara', Siti Hajjar Ahmad, 24, menolak dua tawaran kerja bergaji lumayan kerana mahu menumpukan kepada perusahaan nasi lemaknya.


Siti Hajjar yang menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, pada sidang kedua Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kelmarin memaklumkan BH bahawa beliau mendapat tawaran kerja menjadi jurutera serta akauntan di Shah Alam dan Subang, Selangor, baru-baru ini selepas kisahnya viral.

Beliau berkata, minat berniaga selain mahu berdikari serta mencari pengalaman hidup membuatkan dirinya menolak dua tawaran bergaji lumayan itu.

Katanya, beliau tidak menyesal menolak tuah jawatan bergaji lumayan berkenaan kerana yakin rezeki ada di mana-mana jika berusaha gigih.

"Bukan sombong, berlagak atau bongkak kerana menolak dua tawaran kerja itu namun saya mahu memantapkan dulu ilmu perniagaan saya dahulu sebelum mungkin mencari kerja bersesuaian kelulusan tahun hadapan. 

"Walaupun perniagaan nasi lemak anak dara diusahakan saya sendiri dengan skala kecil namun kepuasannya sukar digambarkan apabila pelanggan menggemari air tangan saya. 

Artikel Berkaitan: Pendapatan Berniaga Nasi Lemak Anak Dara Melebihi Gaji Seorang Engineer

"Saya terharu apabila ada pelanggan sehingga dari Ipoh, Perak serta Seremban, Negeri Sembilan sanggup datang ke tapak niaga di Seksyen 7, Shah Alam, semata-mata mahu merasa nasi lemak yang saya jual," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Siti Hajjar menerima ijazahnya daripada Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang juga Ketua Setiausaha Negara.

Siti Hajjar yang juga anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ditemani ibunya, Hasmah Senapi, 55, dalam majlis konvokesyen itu.

Katanya, tiada rasa segan atau malu dalam kamus hidupnya walaupun berniaga nasi lemak di tepi jalan walaupun sudah menggenggam segulung ijazah.


 "Saya akan pegang amanat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika merasmikan majlis konvokesyen yang mahu graduan supaya bermula dari bawah dan jangan salah guna ilmu dengan melakukan perkara tidak berfaedah termasuk mencuri dan menipu. 

"Menjual nasi lemak di tepi jalan bagi saya lebih mulia daripada hanya sekadar menanti peluang jatuh ke riba," katanya.

BACA JUGA: Gadis Penjual Nasi Lemak Anak Dara Kesal Gambar Separuh Bogel Tersebar di Whatsapp

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now