Nelayan Cedera Parah Ditembak

KUDAT: Seorang nelayan cedera parah selepas dipercayai terkena tembakan di perairan Pulau Tigabu, Banggi, dekat sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa warga Indonesia berusia 51 tahun bersama seorang rakan berusia 37 tahun, menaiki sebuah bot dari Sandakan ke perairan Kudat untuk menangkap ikan.

Sebaik tiba di perairan berhampiran Pulau Tibagu, kedua-dua nelayan terdengar bunyi beberapa das tembakan yang mengenai cermin bot, selain terkena tangan seorang daripada mereka.

Sumber memberitahu, mangsa yang tidak cedera kemudian segera mengendalikan bot berpatah balik ke Sandakan dengan mangsa yang cedera dikejarkan untuk rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Mangsa mendakwa diserang sekumpulan empat lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot pam di perairan berkenaan.

Difahamkan, pihak berkuasa menjalankan siasatan sama ada insiden itu berlaku dalam perairan Malaysia atau Filipina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang media mengenai kes berkenaan esok.-MyBuletin

BACA JUGA: SPRM Tahan Pegawai Kerabat Diraja Selangor

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now