Pasangan Jual Anak di eBay

BERLIN: Sepasang suami isteri pelarian disiasat polis Jerman selepas bayi mereka yang baru berusia 40 hari ditawarkan di laman eBay pada harga AS$5,500 (RM23,103).


Polis melancarkan siasatan mengenai penyeludupan manusia selepas diberi maklumat mengenai iklan itu yang muncul di selama 30 minit Selasa lalu.

"Bayi perempuan itu diserahkan kepada pegawai perlindungan kanak-kanak," menurut kenyataan polis bandar raya Duisburg. 

Polis yang menyerbu pangsapuri pasangan itu juga merampas bahan yang boleh dijadikan bukti.

Siasatan awal menunjukkan iklan itu diletakkan menggunakan sambungan internet pasangan berkenaan yang dikenal pasti polis sebagai 'pelarian.'

Bagaimanapun, sambungan internet juga turut digunakan anggota keluarga lain dan siasatan masih diteruskan.


Media tempatan melaporkan beberapa gambar bayi berambut hitam itu dilihat dalam iklan yang bertajuk 'Bayi berusia 40 hari bernama Maria untuk dijual.' - MyBuletin

BACA JUGA: Isteri Dilemma Kandung Anak Hasil Zina Selepas Suami Disahkan Mandul

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now