Pekerja IT Ditangkap Rakam Video Alat Sulit 33 Orang Gadis


Seorang jurujual IT Singapura yang gatal di masukkan ke dalam jel selama 15 minggu selepas dituduh sebanyak 33 laporan tindakan tidak bermoral terhadap wanita. Malah tertuduh juga turut memfail hasil rakaman bawah kain mangsa-mangsa mengikut kecantikan mereka dengan label 1 hingga 4 (4 paling cantik).

Ryan Er Wei Kiat, berumur 28 tahun menyimpan kesemua video rakaman bawah kain di dalam komputer peribadi miliknya. Dia juga akan sedaya upaya mencuba untuk merakam wajah mangsa jika mendapat peluang.

Ryan pernah ditangkap ketika melakukan kesalahan tersebut pada tahun lalu tetapi dia berjaya meloloskan diri. Walaubagaimanapun pihak berkuasa republik itu berjaya mengesan jejak Ryan dan menangkapnya bulan lalu.

Selepas mengaku bersalah atas 10 daripada 33 tuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 15 minggu berbanding hukuman berat setahun penjara bagi setiap kesalahan yang didakwa. Perbicaraan tamat sepenuhnya pada Selasa lalu.

Seorang mangsa berkongsi cerita bagaimana dia dirakam ketika sedang menaiki eskalator di Station MRT Somerset sekitar jam 11 pagi. Mangsa merasakan seperti ada sesuatu menyentuh bahagian pinggulnya dan apabila berpaling ke belakang, mangsa mendapati Ryan sedang meletakkan tangannya di bawah skirt sambil memegang telefon bimbit.

Apabila dipaksa untuk menunjukkan isi kandungan yang terdapat dalam telefon tersebut, Ryan menolak dan berjaya melarikan diri disebalik orang ramai yang menggunakan MRT ketika itu. Tetapi Ryan tidak dapat melarikan diri daripada dirakam oleh kamera litar tertutup yang berada di situ.

Peguam yang mewakili Ryan memohon rayuan pihak mahkamah dengan menyatakan anak guamnya berhadapan dengan masalah tekanan di sekolah dan juga kehilangan bapanya pada tahun 2008.

Kepada gadis-gadis di luar sana, sila berhati-hati sewaktu berada di luar rumah. Pastikan anda berjalan bersama teman lain untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Kaum lelaki sila lindungi mereka, jangan cuba untuk mengambil kesempatan.

BACA JUGA: Wanita Kecewa Dapat Tahu Suami Adalah Datuknya

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now