Pemuda Ini Kongsi Kenapa Orang Johor Perlu Risau Dengan Konsep 'Bangsa Johor'


'Takut' tengok Konsert Anugerah Lagu Johor. Siap siar secara langsung di Astro Ria.

Tajaan oleh FOREST CITY lagi. Menteri Besar pun datang. Lagu pembuka tirai asyik mengulang "Luaskan kuasamu" selain ungkapan "bangsa Johor".

Tertanya-tanya, adakah gejala neo-feudalisme di Johor ini sengaja disuap kepada marhaen untuk menyembunyikan kuku kapitalisme yang semakin memanjang?

Adakah konsert hiburan selama 2 jam dengan menyemai pseudo-patriotik itu candu kepada "bangsa Johor"?

Padahal, tanah dan kampung mereka SEDANG dan AKAN DIGADAI kepada Cina-Cina kapitalis dari CHINA dan SINGAPURA?

Tahukah anda FOREST CITY yang menjadi penaja konsert itu projek apa?

1. Projek campuran pembangunan kediaman dan komersial terbesar di Asia Tenggara membabitkan pembinaan empat pulau buatan
di antara Johor dan Singapura.

2. Sistem transit aliran ringan merentasi empat pulau itu dengan Singapura menerusi feri selain cadangan kereta api berkelajuan tinggi Singapura-Malaysia.

3. Sebuah jambatan juga akan dibina ke pulau-pulau terbabit selain dihubungkan dengan LinKedua ke Singapura.


4. Terletak di kawasan seluas 1,386.05 hektar dengan memperuntukan pelaburan 40 billion dolar Amerika dalam tempoh 20 tahun.

5. Dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 6 Mac 2016. Tarikh sama juga Najib isytiharkan Forest City sebagai Kawasan Bebas Cukai.

6. Tiada kekangan atau syarat ekuiti untuk pemegang saham asing dalam syarikat-syarikat yang layak menikmati galakan cukai korporat.

7. Berada di koridor ekonomi paling pesat membangun di negara ini, iaitu Iskandar Malaysia.

8. Projek pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang dibangunkan secara bersama antara Country Garden Holdings Co. Ltd. berpangkalan di Guangdong, China dan syarikat Johor, Esplanade Danga 88 Sdn. Bhd.

9. Ibu Pejabat Country Garden di Guangzhou, China. Pengasas dan Pengerusi Country Garden Holdings adalah Yeung Kwok Keung.

10. Projek terbesar Country Garden di luar China yang pernah membangunkan bandar seperti itu di lebih 100 buah bandar raya seluruh dunia.

11. Projek Forest City ini mengambil masa sehingga 20 tahun untuk dibangunkan dan akan menyediakan lebih 220,000 peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2035.

Akhirnya, kuasa siapa yang semakin luas? Di mana pula masa depan Melayu di Johor akan terbabas?

Penduduk di Kempas yang dirobohkan rumah tanpa pampasan sewajarnya

Nukilan asal oleh Saudara Arif Atan di facebook beliau. Sila berikan pendapat dan komen anda dibawah :)

BACA JUGA: Warga Kelantan Ditahan Polis Kes Hina Tengku Mahkota Johor di Laman Sosial

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now