Pendapatan Berniaga Lebih Banyak Dari Gaji Engineer Yang Ditawarkan

Baru-baru ini viral kisah seorang gadis berniaga nasi lemak di simpang jalan kawasan perumahan flat di Seksyen 7, Shah Alam.


Tuan punya badan, Siti Hajar Ahmad yang berusia 24 tahun mendapat perhatian umum bukan sahaja kerana rupa parasnya yang cantik tetapi juga penangan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ yang dijual sangat sedap dan berpatutan.

Jom ushar gambar gadis cantik yang bukan sahaja pandai masak, tapi pandai cari duit ni. Memang lengkap pakej kalau nak jadi calon menantu pilihan abad ke-21 ni!

Siti Hajar pernah dikenakan kompaun RM 2000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial.

Tidak Direstui Ibu, Nasi Lemak Anak Dara Akan Henti Operasi

Ekoran daripada peristiwa itu, dia menerima kunjungan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

Walaupun memiliki kelulusan Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Siti Hajar menerusi satu video temubual portal tempatan menyatakan bahawa dirinya telah nekad untuk terus berniaga nasi lemak sebagai sumber pendapatan.


Dia boleh menjadi contoh anak muda berkelulusan tinggi yang tidak malu bergelar peniaga jalanan demi mencari rezeki halal disamping memilih pekerjaan mengikut minat dan kebolehan sendiri. Salute!

BACA JUGA: Gadis Nasi Lemak Akui Sering Dipikat Lelaki Tetapi Setia Dengan Kekasih Hati

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now