Pengarah Kes Rasuah Projek RM3.3 Bilion Direman Setengah Juta Ringgit

Kota Kinabalu: Pengarah jabatan kerajaan yang didakwa terbabit dengan rasuah projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan daripada tahanan reman, di sini, hari ini.


Sumber memberitahu, suspek, 54, dibebaskan dengan jaminan RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini suspek ditahan reman selama 12 hari bermula 5 Oktober lalu.

Reman terhadap empat lagi suspek terdiri daripada timbalan pengarah, bekas timbalan pengarah jabatan berkenaan dan dua lagi individu lain akan tamat Selasa ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Setakat ini, SPRM sudah merakam percakapan 82 individu berhubung kes tersebut.- MyBuletin

BACA JUGA: Kerajaan Boleh Robohkan KLCC

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now