Pensyarah Ditemui Mati di UiTM

SHAH ALAM: Seorang pensyarah Fakulti Sains Gunaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ditemui mati dalam pejabatnya di fakulti berkenaan, awal pagi tadi.


Sumber berkata, Profesor Madya Dr Zaini Hamzah, 61, disedari berada dalam bilik yang berkunci berkenaan selepas ahli keluarganya menghubungi UiTM untuk mencarinya berikutan beliau tidak pulang ke rumah selepas waktu kerja.

Katanya, polis bantuan yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kira-kira jam 2.30 pagi semalam, terpaksa memanjat siling bilik berkenaan sebelum ternampak Zaini terbaring di atas lantai sebelum mereka turun semula dan menendang pintu bilik untuk masuk.

"Bilik gerakan Polis Bantuan menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan hospital bagi tujuan pemeriksaan serta pengesahan dan hasil pemeriksaan yang mendapati pensyarah itu sudah meninggal dunia melebihi empat jam sebelum ditemui," katanya. 

Mayat Zaini dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baru Bangi, pagi tadi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, dalam satu kenyataan, berkata Zaini adalah seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan pemergiannya suatu kehilangan yang besar kepada universiti itu serta dunia pendidikan.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Profesor Madya Dr Zaini Hamzah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Oktober 2016. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.

BACA JUGA: 17 Kawasan Diramal Banjir di Selangor

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now