Perdana Menteri: GST Penyelamat Ekonomi Negara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan, ekonomi negara akan lumpuh tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"(GST menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik) adalah tafsiran pembangkang.

Hakikatnya, GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia.

" Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh," katanya ketika menjawab soalan tambahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Chin Tong sama ada kerajaan bersedia kurangkan kadar GST kepada tiga peratus kerana GST didakwa menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik.

BACA JUGA: 4 Bukti Tidak Bayar GST Sama Jahatnya Dengan Korupsi!

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now