PLUS Mengaku Kenakan Penalti Jika Terlalu Lama di Lebuhraya

Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan atau “Long Journey Time” (LJT) yang dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merupakan satu langkah untuk membendung kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.


Berdasarkan pemantauan dan kajian PLUS, kegiatan manipulasi kad transit sering dilakukaan oleh sesetengah pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjawab di beberapa lokasi yang dikenalpasti.

Berdasarkan rekod PLUS juga, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun.

Bagi membendung kegiatan tersebut, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar daripada lebuh raya adalah meragukan berdasarkan kepada satu formula atau pengiraan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, Penalti LJT hanya dikenakan jika pengguna lebuhraya gagal untuk memberikan alasan atau bukti yang munasabah kepada petugas tol ketika membuat bayaran di plaza tol keluar.

PLUS juga mempunyai rekod segala kejadian kesesakan, kerja-kerja penyelenggaraan, kemalangan, kerosakan kenderaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuh raya.

Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti di antara Plaza Tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit.

Jumlah ini akan ditambah sebanyak 2.3 jam (138 minit) dengan mengambilkira kemungkinan pengguna tersebut berhenti rehat di R&R Gurun.

Sekiranya pengguna tersebut keluar di Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

Namun begitu, pembayaran semula penalti akan dilakukan oleh PLUS jika pengguna dapat mengemukakan bukti.

PLUS juga mengambil kira pengendali gerai-gerai di kawasan R&R dan Hentian Sebelah yang bertugas melebihi tempoh masa perjalanan yang ditetapkan dengan tidak mengenakan penalti JLT.


PLUS mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi menjawab persoalan yang dibawa naik oleh sebuah laman web Kedah La Nie yang mengatakan PLUS akan mendenda mereka yang melepak di RnR.

BACA JUGA: Perompak Trauma 5 Hari Diliwat Lelaki Gay

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now