Presiden Morsi Dihukum Penjara 20 Tahun


KAHERAH: Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi, menurut sumber kehakiman, hari ini.

Ia adalah hukuman pertama terhadap Morsi yang berdepan tuduhan menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi 'Arab Spring' pada 2012.

Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, berdepan beberapa tuduhan lain, termasuk membocorkan rahsia kepada kerajaan Qatar dan bersubahat dengan kumpulan militan Hamas untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

Bekas presiden itu juga berdepan tuduhan cubaan melarikan diri daripada penjara ketika kebangkitan rakyat menentang Presiden Hosni Mubarak pada 2011. - REUTERS

BACA JUGA: Shell Jual Lapangan Minyak Kepada Hibiscus Petroleum

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now