"Bukan Saya, Itu Akaun Palsu" - Jamal Yunos

SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, kerana dikatakan menghasut, dibuat berdasarkan akaun Facebook palsu.


Jamal berkata, gambar yang dimuat naik dan dikongsi oleh Khalid itu bukan diperolehi daripada akaun Facebook miliknya.

Rujuk: Jamal Mahu Ulang Rusuhan 13 Mei Tangani BERSIH 5

"Ia adalah akaun FB palsu saya yang dikongsi IGP (Khalid) dalam akaun Twitter miliknya. Akaun Twitter saya sudah lama tidak aktif," katanya. 

Mesej Twitter Khalid pada kira-kira jam 8.30 malam itu merujuk kepada kenyataan yang dikatakan dari akaun Facebook milik Jamal, yang menyebut beliau berjanji Tragedi 13 Mei akan berulang jika Bersih 5 dianjurkan pada 19 November ini.

Berdasarkan kepada gambar berkenaan, kenyataan itu dibuat pada 21 September lalu menggunakan akaun 'Dato Jamal Yunos'.

Khalid turut memuat naik mesej bahawa kenyataan seperti itu tidak boleh diterima dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas dengan segera.

Kenyataan Khalid itu turut mendapat sokongan pengikut akaun berkenaan yang menyatakan mereka mahu tindakan tegas diambil.

Pemerhatian terhadap akaun sebenar Jamal pula mendapati beliau memuat naik perbandingan paparan akaun palsu dan akaun sebenar miliknya pada akaun Facebook Dato Jamal Yunos.

BACA JUGA: Dalang Utama Bocor Maklumat Operasi di Sabah Ditangkap

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now