Shell Jual 4 Telaga Minyak Kepada Hibiscus Petroleum

Hibiscus Petroleum Bhd Mengambil Alih 50 Peratus Kepentingan Empat Medan Minyak Shell di Sabah


Firma Minyak dan Gas Malaysia, Hibiscus Petroleum Bhd anak syarikat kepada SEA Hibiscus Sdn Bhd mengumumkan pengambilalihan 50 peratus kepentingan dalam empat medan minyak luar pesisir Sabah daripada syarikat gergasi Belanda, Shell.

SEA Hibiscus memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Sabah Shell Petroleum Company Limited dan Shell Sabah Selatan Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan Shell dalam "2011 North Sabah Enhanced Oil Recovery Production Sharing Contract," kata Hibiscus dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia.

Pengambilalihan itu dijangka selesai tahun depan dan bergantung kepada kelulusan kawal selia syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan juga persetujuan Petronas Carigali Sdn Bhd yang merupakan rakan kongsi usaha sama 50 peratus dalam aset yang diambil alih.

Pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi dana dalaman dan kemudahan pembiayaan atau kredit.

Empat medan minyak tersebut adalah di Laut China Selatan, di luar pantai Sabah, di wilayah hidrokarbon utama di Malaysia. Medan minyak dan infrastruktur yang diperolehi oleh syarikat itu adalah St Joseph, South Furious, SF30, dan medan minyak Barton.

Dari segi aset pula merangkumi infrastruktur saluran paip dan Terminal Minyak Mentah Labuan. Jumlah pengeluaran minyak pada purata kira-kira 18 kbbls / hari pada 2015 dan medan minyak berkenaan memberikan hak pengeluaran jangka panjang sehingga 2040 dengan mengenal pasti peluang pembangunan masa depan.

"Setelah membina portfolio aset dan membangunkan rekod prestasi kami sebagai sebuah syarikat minyak dan gas global, kami gembira dengan peluang ini untuk membuktikan kemampuan kami dan seterusnya berkembang menjadi syarikat pengendali kehidupan lewat bidang yang akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada Malaysia, "kata Pengarah Urusan Hibiscus, Kenneth Pereira.

BACA JUGA: PROTON Mahu Jual 51 Peratus Pegangan

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now