SPRM Masih Belum Habis Kira Wang Rasuah Melebihi RM3 bilion

Kuala Lumpur : Wang hasil rasuah yang viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook hari ini belum habis dikira dan hasil pengiraan sehingga 1 tengah hari tadi, jumlahnya RM 10 juta.


Sumber berkata, wang rampasan hasil rasuah dipercayai milik salah seorang lelaki yang bertugas di jabatan kerajaan di Sabah itu belum habis dikira oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlahnya dikatakan RM50 juta.

Wang itu dirampas oleh SPRM dalam satu operasi semalam.

Berdasarkan sumber, penemuan wang itu adalah yang terbesar berkaitan kes rasuah.

Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada sanak saudara mereka.

Mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan mereka, bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.

BACA LAGI: Kerajaan Berkhidmat Untuk Rakyat, Tidak Mengharapkan Wang Ringgit dan Kemewahan

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now