SPRM Terima RM1 Juta Daripada Saksi


KOTA KINABALU: Tiga saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan membabitkan sebuah agensi di Sabah, hari ini menyerahkan wang tunai RM1 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu BH, wang tunai itu adalah bayaran diterima mereka bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur di bawah jabatan diketuai pengarah serta timbalannya yang kini disiasat SPRM berhubung salah guna kuasa.

Katanya, wang tunai itu diserahkan kepada SPRM oleh tiga saksi berkenaan ketika keterangan mereka direkodkan hari ini.

"Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan terbaharu dibuat setakat ini. 

"Kesemua mereka yang dipanggil untuk dirakamkan keterangan memberi kerjasama yang baik kepada SPRM," katanya di sini, sebentar tadi. 

Difahamkan, SPRM akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu tetapi enggan mengulas lanjut.

BACA JUGA: Jokowi Turun Padang Tangkap Pesalah Rasuah Dalam Kakitangan Kerajaan

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now