Thailand Berkabung Setahun

BANGKOK: Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, monarki paling lama bertakhta di dunia, mangkat di Hospital Siriraj, di sini jam 3.53 petang tadi (waktu tempatan).


Pihak istana dalam satu kenyataan mengesahkan berita itu, tetapi tidak menyatakan sebab kemangkatan.

"Baginda mangkat di Hospital Siriraj," kata kenyataan itu hari ini. 

Menurut kenyataan itu, Thailand akan berkabung selama setahun atas kemangkatan Raja Bhumibol yang memerintah negara itu selama 70 tahun.

Anak lelakinya dan pewaris, Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang berusia 63 tahun dijangka ditabalkan selaku Raja Thailand yang baharu.

Sejurus selepas berita kemangkatan itu disahkan, ia mencetus rasa sedih di seluruh negara dengan rakyat menangis sambil memegang erat gambar raja kesayangan mereka.

Lebih 100 orang berkumpul di hospital, tempat Raja Bhumibol tinggal dan menerima rawatan. Majoriti daripada mereka menangis selepas mendapat berita sedih itu. - Reuters


Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now