TMJ Cari Jurulatih Baru Harimau Malaysia di Barcelona

JOHOR BAHRU: Walaupun masih belum ada kata putus sama ada Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun depan, keinginan membantu meningkatkan mutu bola sepak negara tampak begitu menebal.


Dalam entri terbaharu menerusi akaun Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), hari ini, Tunku Mohkota Johor (TMJ) yang kini berada di Sepanyol, menyatakan hasrat mencari jurulatih baharu untuk pasukan Harimau Malaysia selain pasukan belia negara.

Berikut kenyataan penuh Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT itu menerusi Facebook Johor Southern Tigers: "Saya di sini bukan sahaja datang kerana dijemput untuk memberi ucapan dalam persidangan 'World Football Summit', juga bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya di kelab Barcelona, Valencia dan juga di Madrid. 

"Tetapi untuk mencari jurulatih baru pasukan kebangsaan dari peringkat belia dan pasukan utama negara dimana jurulatih baru ini akan terapkan polisi, disiplin dan falsafah buat pasukan kebangsaan. 

"Saya sudah lama ingin membantu skuad kebangsaan tetapi saya tidak boleh lakukan apa-apa sebelum ini oleh kerana pengurusan FAM yang sedia ada sekarang ini. 

"Apabila pengurusan baru mengambil alih FAM tahun hadapan, 3 objektif utama yang akan terus dilaksanakan iaitu yang pertama perlantikan jurulatih baru daripada Sepanyol, keduanya adalah duit hak penyiaran untuk semua pasukan dan yang ketiga memperbaiki FMLLP,".

Kredit gambar: Facebook JOHOR Southern Tigers

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now