UMNO Tiada Kaitan Dengan Kumpulan Baju Merah


SUBANG: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, mahu kumpulan baju merah dan Bersih 5.0 mematuhi undang-undang negara dan tidak melakukan perhimpunan menyalahi undang-undang.

Katanya, UMNO Selangor tidak terbabit dengan perhimpunan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, untuk menyekat perhimpunan Bersih 5.0.

"Saya tak mahu ulas lanjut berkaitan perhimpunan itu kerana ia digerakkan NGO. UMNO Selangor tak terbabit dan tiada keperluan untuk saya ulas lebih lanjut," katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Perumahan Rakya (PPR) Lembah Subang 2, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jamal dilaporkan berkata Gabungan NGO Malaysia tidak teragak-agak turun sama berhimpun di lokasi perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November depan jika ia diadakan tanpa mengikut lunas undang-undang.


BACA JUGA: Baju Merah Ikrar Ulang Tragedi 13 Mei Jika BERSIH Diteruskan

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now