Warga Emas Maut Kereta Masuk Dalam Rumah

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas maut apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh rumahnya di Kampung Permatang Pasir, dekat Sungai Dua, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu rumahnya sambil menonton televisyen selepas solat Isyak, sebelum rumahnya yang terletak di tepi jalan itu dirempuh kenderaan Suzuki Vitara.

Menurut sumber, kenderaan yang dipercayai dipandu laju itu berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum merempuh rumah mangsa. Pemandu Suzuki Vitara berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

BACA JUGA: Wanita Kecewa Dapat Tahu Suami Adalah Datuknya

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin

0 comment... add one now