2 Pelajar Ditemui Ceroboh dan Tidur di Stadium Old Trafford

MANCHESTER: Pelan keselamatan Manchester United sekali lagi dipersoalkan selepas dua pelajar asing dikesan tidur dalam Old Trafford sebelum perlawanan bertemu Arsenal, Sabtu lalu.


Musim lalu menyaksikan The Red Devils menerima ancaman bom, namun pemeriksaan mendapati ia adalah barangan yang ditinggalkan selepas latihan keselamatan yang dilakukan sebelum itu.

Sabtu lalu pula menyaksikan satu lagi pencerobohan daripada sepasang penyokong yang dipercayai menyelinap masuk menerusi lawatan stadium yang berlangsung hari Jumaat dengan hasrat untuk menyaksikan perlawanan menentang The Gunners itu.

Dua individu terbabit mengambil keputusan untuk bermalam di Old Trafford dan menghadapi suhu 2 darjah celsius selain mengelak daripada pemeriksaan.

"Kami tahu penyokong akan melakukan apa sahaja untuk menyaksikan perlawanan di Old Trafford, namun tidak menyangka ia mampu menjadi seteruk ini," kata jurucakap United kepada Daily Mail.

"Namun, mereka dan barangan yang dibawa sudah diperiksa sebelum masuk, jadi kami yakin tidak timbulnya isu keselamatan."

Pasangan itu ditemui dalam tandas di Old Trafford pada sebelah pagi hari perlawanan dan kelab itu menghubungi polis, namun polis enggan menahan mereka di balai polis. - Agensi

0 comment... add one now