300,000 Rakyat Kelantan Hadapi Masalah Mental

BACHOK 10 Nov. - Hampir 40 peratus iaitu kira-kira 300,000 rakyat di negeri ini menghadapi masalah kesihatan mental.

Gambar sekadar hiasan je tau

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, masalah kesihatan mental di negeri ini telah menunjukkan peningkatam iaitu sebanyak 12 peratus pada tahun 1996 dan meningkat menjadi 39.9 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, statistik berkenaan tidak merujuk kepada penyakit mental tetapi masalah kesihatan mental yang berisiko untuk mendapat penyakit mental.

"Kebanyakkan masalah kesihatan mental ini dihadapi oleh golongan remaja yang berumur 16 hingga 24 tahun manakala dari segi jantina pula, golongan wanita lebih tinggi menghadapi masalah berkenaan.

"Masalah kesihatan mental ini adalah seperti masalah tidak dapat tidur malam, sentiasa merasa bimbang, susah hati dan sebagainya. Ia berbeza dengan penyakit mental," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2016 Peringkat Negeri Kelantan & Kem I Want Daerah Bachok di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok di sini hari ini.

BACA JUGA: 5 Alasan Kenapa Anda Perlu Berwaspada Jika Berkawan Dengan Gadis Kelantan

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Elias Husain.

0 comment... add one now