Amaran Angin Kencang Hingga Rabu


KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Palawan dan Layang-Layang bermula hari ini sehingga Rabu ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. 

Ia turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan angin kencang sehingga 50km/j di perairan Tioman, Condore, Reef South, Perairan Pahang dan Johor Timur sehingga lewat pagi ini. 

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil. - BERNAMA

0 comment... add one now