Amerika Batal Penjualan Senjata Api Kepada Filipina

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat membatalkan penjualan senjata dengan Filipina membabitkan ribuan raifal tempur ke negara Asia Tenggara itu susulan perselisihan antara Washington dan Manila, lapor media tempatan.


Menurut persetujuan itu, polis kebangsaan Filipina sepatutnya menerima 26,000 raifal tempur bagi membantu Presiden Rogrigo Duterte dalam memerangi perdagangan dadah, lapor Yahoo News hari ini memetik seorang pembantu Senat.

Jabatan negara AS menghentikan perjanjian penjualan senjata itu selepas anggota kanan Demokrat bagi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Senator Ben Cardin, membantahnya berikutan perlanggaran hak asasi manusia oleh Manila.

Menurut sumber Senat, Cardin menyuarakan bantahannya terhadap perjanjian itu sebaik menerima notis awal daripada Jabatan Negara AS.

Jabatan itu memaklumkan penjualan senjata baharu sebelum ia diluluskan.

Bagaimanapun, Jabatan Negara AS enggan mengulas lanjut dakwaan berkenaan. - Agensi

0 comment... add one now