Anak Emas, Peminat Berang Gegar Vaganza Biar Nora 'Naik Lemak'


Jika minggu lepas tindakan menukar lagu genre dangdut kepada rock sudah menjadi bualan ramai peminat, cabaran separuh akhir buat Nora yang akan menyanyikan lagu sendiri seakan-akan membenarkan desas desus Nora adalah 'anak emas' pihak Astro.

Berdasarkan pengamatan kami di laman sosial terutamanya twitter dan facebook page rasmi Astro Gempak, majoriti peminat rancangan Gegar Vaganza sudah muak dengan tingkah laku 'mengada-ngada' yang ditonjolkan Nora.

Mereka berpendapat dalam pertandingan seharusnya peserta akur dengan cabaran yang diberikan dan mempersembahkan yang terbaik untuk terus bertahan.

Sebaliknya berlaku apabila Nora dibenarkan menukar lagu, dan kini memilih untuk menyanyikan lagu sendiri.



Apabila diajukan soalan ini kepada pihak Astro, mereka meminta para peminat untuk bertanyakan soalan ini sendiri kepada tuan punya badan.
"Apabila peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada penyanyi terbabit," katanya.
Jadi apakah maknanya?

0 comment... add one now