Hubungan Malaysia-Amerika Kekal Utuh

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata hubungan luar Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan terjejas dengan pemilihan Donald Trump sebagai presiden baharu negara itu.

Perdana Menteri berkata, hubungan Malaysia dan AS tidak akan berubah kerana kedua-duanya amat memerlukan antara satu sama lain begitu juga dengan negara lain.


Sambil mengakui mengenali secara rapat Trump, Najib berkata pemilihan kali ini di luar jangkaan kerana Trump bukan seorang ahli politik yang tahu selok belok Washington.

BACA JUGA: Kejayaan Trump Buat Wanita Islam Takut Bertudung Di Tempat Awam

"Sebaliknya, Trump bilionair berjaya. Rakyat AS mahukan sesuatu yang baharu dari Trump. Trump konsisten dengan kempennya yang mahu meningkatkan pendapatan rakyat negara...yang mana isu itu sangat kritikal bagi AS berbanding isu lain," katanya ketika ditemui selepas menutup Persidangan Daya Usahawan 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika selepas menewaskan Hillary Clinton.

0 comment... add one now