Kehebatan Neymar Buat Messi Nampak Seperti Pemain Amatur

BELO HORIZONTE, Brazil: Neymar menjaringkan gol antarabangsa ke-50 buat dirinya untuk sekali gus membantu Brazil membenam musuh tradisi, Argentina 3-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, di sini, sebentar tadi.


Bintang Barcelona itu menjadikan jumlah jaringannya kepada jumlah itu dalam 74 aksi yang menyaksikan Brazil mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut di bawah jurulatih baharu, Tite untuk terus kekal di puncak carta kelayakan Zon Amerika Selatan.

Philippe Coutinho dan Paulinho turut meledak jaringan buat menamatkan persembahan cemerlang di Estadio Mineiro, tempat sama ketika mereka dimalukan dengan kekalahan 7-1 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014.

Brazil kini memimpin 10 pasukan dalam carta dengan mengumpul 24 mata daripada 11 perlawanan.


Tetapi kekalahan menunjukkan krisis sedang menyelubungi Argentina yang hanya berjaya memungut dua mata daripada empat perlawanan terakhir sekali gus meletakkan mereka di kedudukan keenam keseluruhan, satu tempat di luar kedudukan untuk layak ke pusingan akhir di Russia. - AFP

0 comment... add one now