"Mufti & Kerajaan Malaysia, Tolonglah Tunjuk Ketegasan Diplomatik Untuk Saudara Islam Rohingya"

"Kerajaan Malaysia dan para mufti... Tolonglah tunjukkan ketegasan diplomatik utk saudara Islam Rohingya"

Artikel ini ditulis oleh Ustaz Dr Hapiz di facebook beliau, agar kita cakna isu penindasan umat Islam Rohingya.


Walaupun isu penindasan penduduk Rohingya ialah isu domestik Myanmar dan kerajaan luar tidak berhak campur tangan, namun Malaysia masih mempunyai hak memprotes melalui kuasa diplomatik..

Atas kapasiti sebagai mantan SU OIC, mantan ketua NAM dan negara Islam contoh, Malaysia berhak memprotes kejahatan kerajaan Aun Sui Kyi...

BACA: Tentera Myanmar Bakar Kampung dan Al-Quran

Samada dgn memanggil balik duta Malaysia balik atau menghalau duta Myanmar keluar, atau membeku pengambilan tenaga kerja mereka, mengetatkan import export kedua2 negara ataupun selemah2 iman dgn membatalkan sebarang perlawanan sukan...

Ketegasan tersebut menunjukkan kredibiliti kita dalam menangani isu2 hak asasi serantau walaupun di peringkat domestik, kepimpinan kita sarat dengan keburukan urustadbir...

Ia sebagai menyambut seruan Nabi SAW (ليس منا من لم يهتم بأمر المسلمين)..
Nabi SAW bersedih atas pembunuhan delegasi dakwah Baginda dalam peristiwa al-Rajik dan Telaga Ma'unah akibat tipudaya kabilah Adhal, al-Qarah, Ri'il, Zakwan, Lihyan dan Asiah. Selama 30 HARI Baginda membaca qunut nazilah mengadu kpd Allah pembelaan 70 orang qurrak Baginda yg teraniaya dan kehancuran ke atas kabilah2 jahat tersebut..

Doa Baginda berbunyi :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا قال سمع الله لمن حمده في الركعة الآخرة من صلاة العشاء قنت اللهم أنج عياش بن أبي ربيعة اللهم أنج الوليد بن الوليد اللهم أنج سلمة بن هشام اللهم أنج المستضعفين من المؤمنين اللهم اشدد وطأتك على مضر اللهم اجعلها عليهم سنين كسني يوسف
خفاف بن إيماء الغفاري قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في صلاة اللهم العن بني لحيان ورعلا وذكوان وعصية عصوا الله ورسوله غفار غفر الله لها وأسلم سالمها الله

Jika ketua kerajaan tiada keberanian, janganlah para mufti dan alim ulama mengambil pendirian yg sama...

Arahkanlah para imam di masjid-masjid dan surau seluruh negara membacakan qunut nazilah dan melaknat kezaliman regim Myanmar terhadap umat Islam Rohingya selama 30 hari...

Biarkan mesej munajat tersebut disampaikan oleh duta mereka...

Ketepikan sebentar laba sokongan dan undi penganut Buddha yang bertebaran dalam MCA, Gerakan dan DAP...

Apa mereka faham tentang penderitaan umat Islam??

Ini bukan isu dedak, Kok dan Sial lagi dah... atau status sahih dhaif, syafie atau salafi.. Ini kecelakaan yg sahih lagi mutawatir!

Membela umat seakidah adalah wajib menurut ijmak ulama salaf khalaf trmasuk mazhab Syafie..

Jika itu pun tak berani buat, maka benarlah kata Rasulullah SAW, yg merosakkan Islam itu bukanlah orang kafir tetapi para umarak dan ulama Islam sendiri!...

0 comment... add one now