Lelaki Bakar Teman Wanita Hidup-Hidup di Jepun

TOKYO: Seorang wanita dibakar susulan pertengkaran dalam sebuah restoran di Jepun, lapor media tempatan hari ini.


Seorang lelaki Iran berusia 52 tahun dilihat menyimbah cecair ke arah teman wanita Filipina berusia 36 tahun sebelum menyalakan api di sebuah kedai makan di daerah Ibaraki, utara ibu kota ini semalam, kata laporan yang memetik polis.

Pekerja di restoran itu segera memanggil ambulans, mengatakan: "Ada orang terbakar." Penyiar awam, NHK berkata, pasangan kekasih itu kemudian dibawa ke hospital akibat lecur teruk dan kedua-duanya tidak sedarkan diri.

Ada beberapa pelanggan dalam restoran ketika kejadian, namun tiada yang cedera, kata laporan. Polis menganggap kes itu sebagai cubaan membunuh.

Lelaki dan wanita terbabit dinasihatkan polis menjauhkan diri antara satu sama lain susulan pertengkaran membabitkan anak mereka, lapor Kyodo News. - AFP

0 comment... add one now