Liverpool Terima Tajaan Mewah Israel?

Liverpool dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani perjanjian penajaan utama yang akan memperlihatkan logo negara Israel di kelab England tersebut.


Perjanjian tersebut juga turut meliputi promosi besar-besaran Israel pada jersi utama pasukan Liverpool akan datang, selain di papan-papan iklan gergasi di Anfield. Langkah tersebut merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan pelancongan di negara haram Israel.

Menteri Pelancongan Israel, Yariv Levin telah berjumpa dengan wakil Liverpool pada acara World Travel Market (WTM) yang diadakan di kota London awal minggu ini.

Jika perjanjian penajaan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak, besar kemungkinan Liverpool akan turut serta mempromosi Israel di saluran media sosial mereka yang mempunyai kelompok peminat yang besar terutamanya di Asia.

Pasukan bola sepak yang sedang menghuni tangga teratas Liga Perdana England tersebut tidak asing lagi dengan kerjasama bersama Israel apabila mereka sendiri pernah mempunyai pemain yang berasal dari sana seperti Avi Cohen, Ronny Rosenthal dan Yossi Benayoun.


Perjanjian lengkap penajaan gergasi tersebut walaubagaimanapun belum didedahkan oleh pihak kelab kerana dipercayai Liverpool mahu mengadakan rundingan selanjutkan menjelang jelajah mereka ke Israel tidak lama lagi.

Jadi kepada peminat Liverpool, adakah anda masih mahu menyokong kelab yang terang-terangan ditaja oleh Israel? Bincangkan..

Artikel asal dari portal rasmi 90min

0 comment... add one now