Motosikal Enjin PROTON Wira Dipamerkan

TANJUNG MALIM: Motosikal berkuasa tinggi hasil inovasi dan projek khas oleh pekerja kilang PROTON Tanjung Malim dipamerkan di Karnival Motorsports Bandar Belia  1Malaysia (1MYC) di Tasik Embayu, dekat sini, hari ini.


Pekerja PROTON mengambil masa dua bulan menyiapkan motosikal berkuasa tinggi berkelajuan 1500cc itu dengan menggunakan komponen kereta nasional berkenaan.

Penyelia Bahagian Projek Khas dan Unit Inovasinya, Nasiren Mohd Najmudin, berkata motosikal berkuasa tinggi itu juga menggunakan komponen kereta PROTON iaitu brek, rim sport dan drive shaft yang diubahsuai.

"Motosikal ini tidak dijual, hanya untuk dipamerkan dalam pameran serta menunjukkan hasil kreatif dan inovasi pekerja PROTON.

Uniknya motosikal ini juga mempunyai sistem gear undur," katanya.

Dijangka kira-kira 5,000 belia akan berkampung dua hari di sini sempena karnival berkenaan yang berakhir esok. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dijangka merasmikan karnival, kira-kira jam 3 petang ini.

0 comment... add one now