Nassier Wahab Terkejut Peserta GV Boleh Tukar Lagu

Penyanyi senior yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza Nassier Wahab mengeluarkan pendapatnya berkenaan isu kononnya terdapat artis tukar lagu di dalam pertandingan tersebut.


Tulis Nassier di ruangan komen di akaun Facebook milik peminatnya,

"Sebagai bekas peserta GV2, saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.  Waktu GV2 kami tidak pernah menolak setiap lagu yang diberi malahan saya diberi 2 kali lagu slow rock 'Kamelia' dan 'Biar Putih Tulang'..."

Komen tersebut mendapat perhatian daripada peminat yang lain dan menyokong komen penyanyi hebat tersebut.

BACA: Nora Dibenarkan Tukar Lagu Kerana Tidak Sesuai Dengan Vokal

Komen Nassier tersebut adalah secara am dan tidak merujuk kepada sesiapa.

Isu ini timbul berikutan dakwaan terdapat peserta yang bertanding tidak mahu menyanyikan lagu yang telah dipilih lalu menukar lagu yang hendak dinyanyikan sahaja.

Adakah dakwaan ini benar?  Jika benar...camner tu?  

Terdahulu juga hangat diperkatakan apabila lagu-lagu pilihan media yang telah disenaraikan mengikut susunan siapakah artis yang sepatutnya menyanyikan lagu tersebut telah berubah lagunya.


Nampaknya makin panas pentas GV musim ketiga ni ya?

0 comment... add one now