NATO Laung Amaran Kepada Donald Trump


LONDON: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jeneral Jens Stoltenberg memberi amaran kepada Presiden dipilih Donald Trump bahawa 'tindakan secara berseorangan' bukan satu pilihan bagi Eropah atau pun Amerika Syarikat.

Katanya, Barat kini berdepan cabaran keselamatan paling hebat dalam satu generasi.

Ketika kempen pilihan raya, Trump menyifatkan pakatan ketenteraan Barat itu sebagai tidak lagi relevan.

Beliau mencadangkan AS akan berfikir dua kali untuk membantu mana-mana ahli NATO yang diserang, jika negara itu tidak melunaskan tunggakannya.

Menulis menerusi akhbar Observer di Britain, Stoltenberg bersetuju dengan hujah Trump bahawa negara anggota perlu memberi sumbangan dana lebih besar kerana Amerika Syarikat kini mewakili 70 peratus perbelanjaan NATO.

Namun, beliau menambah bahawa pemimpin AS sebelum ini tahu mereka mempunyai kepentingan strategik supaya Eropah stabil dan selamat. - Agensi

0 comment... add one now