Nora Akhirnya Disingkirkan GV3

SHAH ALAM: Azharina Azhar, Siti Sarah dan Zarul menepati ramalan awal apabila melangkah ke pentas akhir pertandingan Gegar Vaganza 3 (GV3), Ahad ini. 


Turut memberi saingan sengit merebut gelaran juara edisi terbaharu pertandingan itu adalah Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. Nora menjadi penyanyi terakhir tersingkir dan gegarannya terhenti pada pertandingan separuh akhir. 
Peserta dipilih oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Puan Sri Tiara Jaquelina. 

Pada pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi, semua peserta membawakan dua lagu iaitu solo dan duet bersama penyanyi undangan masing-masing. 

Seramai 12 peserta bersaing selama lapan minggu pada edisi GV3. Pertandingan akhir bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu.


0 comment... add one now