RM1 Juta Lesap Bilik Kebal Ditebuk

TAIPING: Pemilik sebuah kedai emas di Jalan Pasar di sini kerugian RM1 juta apabila barangan kemas dan wang tunai disimpan dalam bilik kebal premis itu dilarikan sekumpulan penjenayah, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata kes itu dipercayai dilakukan empat penjenayah yang masuk melalui bahagian bumbung premis itu antara jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Katanya, kejadian itu hanya disedari oleh pemilik kedai emas itu ketika mahu memulakan perniagaan pada jam 10 pagi.

"Siasatan mendapati suspek memecah masuk ke bilik kebal tempat emas dan wang disimpan dan kerugian termasuk wang tunai dianggarkan RM1 juta," katanya di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, premis berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

0 comment... add one now