Rohingya: Tentera Bakar 450 Rumah, Kampung dan Al-Quran

KUALA LUMPUR: Tengah malam tadi saya menerima tiga keping gambar tentang nasib malang yang diterima etnik Rohingya di Myanmar.

Gambar berkenaan memperlihatkan seorang lelaki yang dibakar teruk, al-Quran cuba dibakar dan kampung dalam kebakaran.


Beberapa buah kampung di Rakhine  kediaman Rohingya dibakar dalam beberapa minggu ini, termasuk semalam.

Human Rights Watch (HRW) seperti dipetik Al Jazeera berkata, tentera Myanmar telah membakar 450 buah rumah dan bangunan di tiga kampung di utara Maungdaw antara 22 Oktober hingga 10 November.

Kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di New York meminta PBB supaya menyiasat kejadian itu.

“Imej satelit bukan sahaja mengesahkan pemusnahan kampung halaman Rohingya, malah lebih teruk daripada kami fikirkan,” kata Brad Adams, pengarah HRW Asia.

Memetik daripada laporan, kejadian kejam itu berlaku di Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin, dan Wa Peik.

Ketegangan berlaku antara etnik Rohingya dengan pihak berkuasa. Pasukan tentera mulai memasuki perkampungan berkenaan selepas berlaku pembunuhan terhadap sembilan polis sempadan pada Oktober.

Pejuang kebangsaan Buddha melancarkan serangan terhadap etnik Rohingya beragama Islam yang tidak diiktiraf sebagai warganegara, tetapi pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

0 comment... add one now