Saman Ditolak, Peneroka Diminta Bayar FELDA RM300,000

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak saman dikemukakan 577 peneroka dari FELDA Chini dan Chini Timur terhadap FELDA serta sebuah anak syarikatnya atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.


Ia diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan itu berdasarkan keterangan saksi sepanjang perbicaraan.

Pada 26 April 2012, 770 peneroka dari lapan tanah rancangan di FELDA Chini dan Chini Timur memfailkan saman atas dakwaan penipuan serta pecah amanah.

Mereka menamakan FELDA dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Mariana menetapkan RM300,000 sebagai kos ganti rugi perlu dibayar peneroka yang menyaman FELDA dan FELDA Palm Industries.

Defenden diwakili Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala peneroka oleh R Sivarasa dan Shahid Ahlid Kamarudin.

0 comment... add one now