Trump Tak Akan Ambil Gaji Presiden, RM1.76b Setahun

NEW YORK: Donald Trump berkata, beliau tidak akan menerima gaji ketika berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).


Sebelum kejayaan pilihan raya, Presiden dipilih itu menegaskan, beliau malah tidak akan "mengambil walau satu dollar" daripada gaji presiden sebanyak AS$400,000 (RM1.76 juta) setahun.

Bercakap dalam satu acara September tahun lalu, beliau memaklumkan penyokong di New Hampshire: "Perkara pertama yang saya lakukan jika dipilih sebagai presiden, saya tidak akan menerima gaji. Ia bukan satu masalah buat saya."

Beliau mengulangi dakwaan itu dalam satu soal jawab di Twitter akhir bulan sama apabila seorang pengikutnya bertanya: "Adakah anda melepaskan gaji presiden jika dipilih?" yang dibalas Trump: "Berkaitan gaji, saya malah tidak akan mengambil walau sedollar pun. Saya akan melepaskan gaji saya jika dipilih sebagai presiden."

Ketika kempennya, ahli politik Republikan itu mendakwa, sebagai seorang jutawan perniagaan, beliau tidak terikat dengan arahan penyokong kewangan. Trump dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$3.7 bilion (RM16.31 bilion) menurut Forbes.

Presiden AS kaya sebelum itu mendermakan gaji mereka kepada badan kebajikan selepas menganggap tidak memerlukan sokongan kewangan sebagai pendapatan peribadi.

Herbert Hoover dan John F Kennedy, kedua-duanya dilaporkan mendermakan wang itu kepada badan kebajikan. - Agensi

0 comment... add one now