Viral Harga Gas Naik, KPDNKK Buat Laporan Polis

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya semalam berhubung viral kononnya harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 satu tong mulai tahun depan.


Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata selain pihaknya, empat badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna masing-masing di Lembah Klang dan Pulau Pinang turut membuat laporan sama berkaitan isu yang menjadi viral di media sosial.

"Kita minta supaya polis menjalankan siasatan mencari pihak atau kumpulan tidak bertanggungjawab ini.

"Tindakan kumpulan ini tidak lain hanya cuba menghuru-harakan rakyat, menimbulkan keadaan panik dengan cerita seperti ini," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNKK di sini hari ini.

Sejak awal bulan ini, terdapat penyebaran laporan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 satu tong mulai tahun depan.

BACA JUGA: Kerajaan Rugi RM10 Juta Salah Guna Subsidi

KPDNKK bagaimanapun menafikan dakwaan yang disebarkan itu, yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

0 comment... add one now