Amri Yahyah Tinggalkan JDT, Sarung Jersi MU

MELAKA: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kapten Harimau Malaysia, Amri Yahyah bakal menyarung jersi Melaka United (MU) bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. 


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkembangan itu di sini, sebentar tadi. 

"Ya, dia akan menyertai Melaka United. Dan keputusan muktamad mengenainya akan diselesaikan Isnin ini," katanya kepada BH Online. 

"Memang kami tiada perancangan awal untuk membawanya masuk, namun terdapat penaja yang ingin menawarkan dana mendapatkannya. Sebab itu kami segera mengusahakannya,". 

Melaka United adalah juara Liga Perdana musim ini dan turut merangkul gelaran Piala FAM musim lalu.

0 comment... add one now