Atita Haris, Nas T Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nas T dan Atita Haris yang baru sahaja menimang bayi kedua mereka sebentar tadi. 


Menerusi Instagram, Nas T telah berkongsi detik kegembiraan mereka dengan memuat naik gambar anak perempuan kedua mereka yang dinamakan Nas Taliyah.

Bayi yang selamat dilahirkan pada hari penuh keberkatan sempena Maulidur Rasul ini seberat 3.2 kilogram dan dilahirkan kira-kira jam 12.08 tengahari tadi. Atita juga ada memuat naik beberapa gambar bayi baru mereka yang kelihatan sangat comel bersama dengan anak pertamanya, Opie.

Tidak seperti sesetengah selebriti lain memilih untuk menutup separuh wajah mereka, pasangan ini begitu terbuka mendedahkan wajah penuh bayi perempuan mereka. Rata-rata peminat sangat gembira dengan kelahiran bayi ini. Ruangan komen pelakon ini juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat kesayangan mereka yang teruja dengan berita ini.

Apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan ini kerana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka. Bertambah besar nampaknya keluarga Nas T selepas ini. Semoga kelahiran ini dapat menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan rumah tangga. 

0 comment... add one now