'Rang Azan' Cuba Dikuatkuasakan di Israel, Polis Bimbang Timbul Kekecohan

TEL AVIV: Polis Israel menentang 'rang azan', dengan alasan bimbang penguatkuasaan undang-undang itu mencetuskan tindak balas komuniti Arab. 


Menurut penilaian dalaman polis yang diperoleh Walla news, pasukan berkenaan berkata rang itu, yang melarang penggunaan pembesar suara oleh masjid, boleh menjejaskan usaha polis meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat. 

"Isu bagaimana layanan terhadap masjid amat sensitif dalam kalangan masyarakat Arab. Jangan pandang remeh isu ini terutama," menurut laporan penilaian itu. 

Dalam pertemuan dengan Kementerian Keselamatan Awam dan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar, polis mencadangkan pelaksanaan prosedur penguatkuasaan lebih tegas ke atas masjid di kawasan bercampur yang menerima paling banyak rungut. 

Bagaimanapun, mereka menegaskan mengawal selia bilal dalam kalangan komuniti terpinggir akan menjejaskan hubungan polis dengan pemimpin masyarakat Arab. 

"Nampaknya tiada penyokong rang ini dalam kerajaan kecuali Perdana Menteri dan puak bersayap kanan. 

"Ini adalah undang-undang tidak perlu yang dipromosikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang bertujuan mencetuskan kebencian," kata pengerusi Joint List, Ayman Odeh. 

Sumber polis enggan memberi ulasan mengenai laporan itu. Bagaimanapun, mereka mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin agama di Baitulmaqdis dalam usaha mencari penyelesaian bagi isu itu. - Agensi

0 comment... add one now