"Ya, Banglo Saya Berharga RM5 Juta"


Tidak mahu terus berselindung sedangkan dalam masa yang sama ada segelintir warga laman sosial yang sudah maklum dengan harga rumah barunya itu, Che Ta melalui Kosmo! Online mendedahkan harga sebenar hartanah yang dimilikinya itu.

“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” jelasnya jujur.

Che Ta sebelum ini melalui satu muatnaik gambar di Instagram telah memberi gambaran bahawa rumah yang dibelinya di Kota Damansara itu adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri.

Bagaimanapun, tindakan Che Ta berkongsikan perkara tersebut turut merangsang jari jemari warga laman sosial meninggalkan komen yang mempertikaikan keupayaannya memiliki rumah tersebut malah ada yang menuduhnya berbangga dengan apa yang dimiliki.

0 comment... add one now