'Lega Bila Insentif 50% Pinjaman Pelajaran MARA Diluluskan'

Alhamdulillah, settle dah pinjaman MARA. Dah kurang satu hutang dipinggang. Dulu.. dah pernah dapat pengurangan, sekarang dapat kurang lagi.


Lega weh.. Serius lega.

Terima kasih pada MARA yang menawarkan Insentif 50% (diskaun) baru-baru ni. Aku ingatkan pada mulanya tak menepati syarat, tapi bila dah cuba apply rupa-rupanya permohonan diluluskan pulak.

Rezeki.

Daripada jumlah baki pinjaman RM7000+, terus berkurang jadi RM3500+. Banyak tu beza.

Cuma syaratnya.. Bila permohonan dah diluluskan, baki tersebut kena bayar lump sum dalam tempoh 30 hari.

Ahh.. Itu tak ada masalah, asalkan lulus, duit boleh dicari. Korek tanah tepi pagar sikit, cari bawah bantal sikit, goyang-goyang kaki sikit.. 2-3 hari terus cukup. Hehehe.

Yelah.. Sementara ada peluang, lebih elok aku bayar cepat-cepat daripada menanggung hutang yang banyak, walaupun pada asalnya MARA memang dah baik hati bagi kelonggaran untuk bayar pinjaman tersebut melalui jadual bayaran yang ditetapkan (rasa serik sangat dah bila pernah kena senarai hitam oleh MARA dulu). Hee..

Sekarang.. hilang satu komitmen. Lepas ni dah boleh fokuskan diri untuk bantu puan isteri settlekan PTPTN dia pulak. Total RM16K nak kena bayar. Mohon korang doakan semoga segala urusan aku untuk bantu puan isteri dipermudahkan ye. Aminnn.

Cara-Cara Mohon Insentif (Diskaun) Pinjaman Pelajaran MARA

Mudah je.

Korang cuma perlu pergi ke laman web insentif50.mara.gov.my, kemudian isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.

Muat naik salinan skroll ataupun sijil diploma/degree/master korang (dengan pengesahan “Original”) di bahagian lampiran (Ataupun, ambil je gambar guna fon, cuma kena pastikan gambar skroll/sijil tu clear dan center).

Kemudian, tekan butang hantar.

Korang tak akan menerima sebarang notifikasi mengenai status permohonan sama ada diluluskan ataupun tidak, tetapi status permohonan ini boleh disemak di laman web yang sama selepas 1-14 hari bekerja.


Hasil perkongsian Saudara Hafiz Rahim yang disiarkan di website MARA.

0 comment... add one now