"Saya Bukan Kekasih Fattah Amin, Neelofa Tidak Perlu Bimbang"

Hari ini dunia hiburan kecoh sebentar dengan berita keretakan hubungan cinta di antara Neelofa dan Fattah Amin yang didakwa disebabkan munculnya orang ketiga. 


Walaupun masih ramai yang tidak mengetahui status hubungan mereka berdua, nama Tania Hudson yang juga adik kepada pelakon Natasha Hudson telah dikaitkan menjadi dalang keretakan hubungan terbabit.


“Saya terkejut apabila hari ini ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin. Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan di dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung antara satu sama lain apatah lagi berjumpa”

“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika menjalani penggambaran filem itu, saya tidak terlalu rapat dengannya. Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Selepas itu kami buat hal masing-masing,” jelasnya kepada m Star Online.

Terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan, Tania menjelaskan bahawa dirinya sudah mengenali jejaka itu sebelum beliau membintangi drama Suri Hati Mr Pilot lagi. Menegaskan kejadian ini hanya salah faham, Tania bagaimanapun tidak berasa bersalah dengan dakwaan yang dilemparkan kerana menganggap dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasangan itu.

Terdahulu, Neelofa mendedahkan bahawa terdapat pihak ketiga di dalam hubungannya bersama Fattah. Hanya memberi bayangan gadis terbabit merupakan seorang kacukan, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. 

Agak rumit kronologi hubungan mereka ini, namun apapun diharap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

0 comment... add one now