Cikgu Gunting Seluar Pelajar Terlalu Ketat, Tapi Kisah Disebaliknya Buat Mata Kami Masuk Habuk

PERINGATAN: Perkongsian ini bukan mahu memburukkan mana-mana pihak. Namun sekadar perkongsian penulisan saudara Ir Meor Shamshir untuk bacaan umum. 


GUNTING DALAM SELUAR

Su, penjual kek datang rumah petang tadi. Su tinggal di Pengkalan Chepa. Menjadi rutin Su, setiap Jumaat dia akan datang ke rumah kami menjual kek. Kalau bisness dia tak menjadi, kami akan borong kek dia dan bagi jiran-jiran merasa.

Su adalah seorang ibu yang menanggung 7 orang anak. 5 bersekolah. Yang sulung anak lelaki. Tahun depan naik Tingkatan 5. Petang tadi, dia memohon bantuan untuk membeli sepasang seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya. 

Isteri saya tanya berkenaan anak-anaknya yang lain, sama ada nak pakaian sekolah yang baru atau tidak? Su kata, anak-anak yang lain tak kisah pakai yang lama. Lagi pun masih elok katanya. Dia hanya nak mohon bantuan untuk belikan seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya saja.

Su cerita, seluar yang anak lelakinya pakai tu dah 2 tahun dipakainya. Ditakdirkan, bulan September lepas, cikgu buat spot check. Akibat kelihatan ketat, cikgu menggunting seluar anaknya di celah kangkang. Su kata, masa tu, duit nak makan dan wang saku sekolah pun tak cukup, apatah lagi nak belikan seluar yang baru. Masa ni, air mata Su dah mengalir.

Selama beberapa hari, anak sulungnya ke sekolah dengan memakai seluar yang terkoyak di celah kangkang. Semasa di sekolah, akibat seluarnya koyak, Su kata, cikgu bagi anaknya pakai kain pelikat semasa belajar.

Selepas beberapa hari, Su ikhtiar mencari seluar terpakai untuk anaknya. Mujur ada hamba Allah yang sudi sedekahkan. Itu pun ketat juga.

Seperkenalan kami, jarang Su meminta-minta. Dia akan ikhtiarkan mencari rezeki sendiri selagi dia mampu. Mungkin kali ini dia dah 'pushed to the corner'. Anak sulungnya itu pula, baik budaknya. Walaupun miskin, dia hormat ibunya. Belum pernah saya dengar Su merungut pasal anak-anaknya.

Saya merayu kepada guru-guru di sekolah supaya melihat anak-anak asuhan anda dengan mata hati. Bukan semuanya pemakai seluar yang ketat itu berfesyen dan sengaja mahu menonjolkan diri mereka. Pasanglah telinga. Bukalah mata. Ziarahlah anak-anak yang bermasalah ini sebelum menghukum mereka.

Menggunting seluar kerana ketat dan memakaikan kain pelikat kepada mereka apabila seluar yang digunting itu dipakai lagi ke sekolah bukanlah cara mendidik. Itu menghukum dan mengaib namanya.

Bersyukurlah cikgu, seluar cikgu lega sebab poket cikgu lega. Air mata orang miskin jangan dimain cikgu, yang lega boleh jadi ketat dibuatnya nanti. - Ir Meow Shamshir

1 comment... add one now

Jose Luis Jose Luis December 25, 2016 at 11:11 AM
TESTIMONI CARA I GOT PINJAMAN SAYA DARI PINJAMAN TANAH DAN TULEN
SYARIKAT DIPANGGIL JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT. AKU SANGAT HAPPY TODAY
AND GOD BLESS JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT.
URGENT PINJAMAN TAWARAN MEMOHON SEKARANG.
Hello, Nama saya adalah Lady Sežana perez, saya dari malaysia Kuala Lumpur, saya sudah berkahwin, saya telah mencari syarikat pinjaman yang tulen untuk 5 bulan yang lalu dan
semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya untuk mempercayai mereka dan pada akhirnya
hari, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa sebagai balasan, semua
harapan saya telah hilang, i mendapat keliru dan kecewa, saya merasa sangat
sukar untuk memberi makan kepada keluarga saya, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan
dengan syarikat-syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
kawan, i memberitahunya semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, yang
dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan mana-mana jumlah pinjaman
diperlukan oleh saya dengan kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%, bahawa dia hanya mendapat
pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya tentang bagaimana untuk memohon pinjaman, i did
hanya kerana dia memberitahu saya, i digunakan dengan mereka pada E-mel: (joseluisloans@gmail.com), saya tidak pernah beriman, tetapi saya cuba dan saya
kejutan terbesar i mendapat pinjaman dalam tempoh 24 jam, saya tidak boleh percaya,
i gembira dan kaya lagi dan i sedang mengucapkan terima kasih kepada Tuhan bahawa pinjaman itu
syarikat-syarikat seperti ini masih wujud atas penipuan ini di seluruh tempat,
sila i nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi untuk
(Joseluisloans@gmail.com) dan mereka tidak dianiaya kamu, dan
hidup anda akan berubah apabila saya did.Quickly menghubungi JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT hari ini dan mendapatkan pinjaman anda daripada mereka, Tuhan memberkati JOSE LUIS syarikat pinjaman untuk tawaran pinjaman sebenar mereka.
Pastikan anda menghubungi JOSE LUIS pinjaman bagi pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya daripada syarikat ini tanpa tekanan.[[