Cristiano Ronaldo Raih Ballon d'Or Ke 4


PARIS: Cristiano Ronaldo menggelarnya sebagai "mimpi jadi kenyataan sekali lagi" apabila dia merangkul anugerah berprestij Ballon d'Or buat kali keempat awal pagi tadi, sekali gus menewaskan pesaingnya, Lionel Messi bagi memperoleh gelaran pemain terbaik dunia.

Ia adalah satu pengakhiran yang sempurna kepada tahun yang hebat buat bintang Real Madrid itu, yang memenangi Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim dan kemudian membantu Portugal memenangi gelaran utama yang pertama di Euro 2016.

Segala kejayaan itu dicapai walaupun dia mengalami kecederaan dan dalam tangisan ketika kejayaan mengejutkan menewaskan Perancis di pentas final.

Seperti yang berlaku sedekad sebelum ini, saingan pemain berumur 31 tahun itu adalah pencabar utama kepada Messi - tetapi pemain Barcelona dan juga bintang Argentina itu terpaksa melupakan mahkota terbabit selepas mempamer prestasi kurang meyakinkan bagi kelab dan negaranya berbanding sebelum ini.

Ronaldo kini dibezakan satu anugerah Ballon d'Or di belakang Messi yang kini berada di tempat kedua dengan penyerang Perancis, Antoine Griezmann di tempat ketiga.

Tidak mahu terbuai dengan kejayaannya, Ronaldo dilihat menjalani latihan pada tengah minggu lalu dengan mewarnakan rambutnya kepada warna emas selepas beberapa media melaporkan lebih awal tentang kejayaannya, sebelum penganjur majalah France Football membuat pengumuman rasmi.

"Bagi saya ia adalah penghormatan yang besar menerima Ballon d'Or buat kali keempat. Emosinya adalah seperti mana saya rasakan ketika memperoleh kali pertama - ia adalah mimpi jadi kenyataan sekali lagi," kata Ronaldo yang sedang menyertai di Piala Dunia Kelab di Jepun kepada L'Equipe TV.

"Saya tak pernah terfikir di fikiran saya yang saya akan menang Ballon d'Or buat kali keempat. Saya berbesar hati dan sangat gembira.

"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, pasukan kebangsaan, Real Madrid, semua orang, pemain yang banyak membantu saya memenangi trofi individu ini.

"Saya mahu menikmati setiap saat kerana ia bukanlah mudah untuk memenanginya."


Ronaldo ketika ini berada di Jepun untuk membantu Real berdepan Kelab America dari Mexico dalam separuh akhir Piala Kelab Dunia di Yokohama, Khamis ini.

Tonton video dibawah:



0 comment... add one now