Dato Jamal Kembali Lagi, Kali Ini Beliau Tidak Mandi

Dato Jamal Yunos seperti yang diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia merupakan individu yang paling berani sekali berlawan dengan penyokong parti pembangkang terutamanya apabila melibatkan himpunan haram dan lain-lain.


Hari ini, Dato Jamal memuat naik satu gambar segak beliau memakai baju kemeja berserta sut di akaun facebook peribadi miliknya. Apa yang menarik perhatian kami adalah caption yang ditulis berserta gambar itu:

"Kepejabat dgn x Mandi. Mana air selangor. Azmin AISKRIM OOOOOIiiiiiiiiiiiiiiii"

Ya, Dato Jamal Yunos mengakui beliau pergi ke pejabat tanpa mandi pagi gara-gara tiada bekalan air di Selangor dek kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB.

Tidak cukup dengan itu, Jamal Yunos turut melemparkan kritikan dan kata-kata pedas kepada menteri besar Selangor, Azmin Ali melalui satu lagi foto beliau sedang berselfie dalam tandas.


Foto selfie dalam tandas ini berserta dengan caption berikut:

"AIR TIDAK ADA. Sudah masuk Hari yg ke3..Pagi x tak boleh Mandi. MANGKUK HAYUN punya MB selangor AZMIN AISKRIM. Menguruskan Air pun x reti. Apa ertinya Selangor kaya. Katanya. Tapi rakyatnya derita. Air pun x ada. Hari ni tak Mandi lagi.x mandi lagi. MANA MINYAK WANGI AKUUUUUUUUU. AIR AIR ARI."

Kami percaya isu yang cuba diutarakan oleh Ketua Pahlawan Baju Merah ini ada signifikannya kerana catuan air yang berlaku di Selangor ketika ini mengakibatkan lebih 3 juta penduduk di kawasan terlibat menghadapi kesukaran menjalani kehidupan harian.


Diharapkan kerja-kerja yang sedang dilakukan dapat disiapkan dengan segera dan rakyat Selangor dan kawasan yang terkena tempias dapat meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu risau masalah bekalan air lagi.

Nasihat kami, jika tiada air sekalipun tak perlu rasanya nak mengaku secara terang-terangan di media sosial yang anda 'tak mandi'. Kalau betul-betul mahu berkongsi, kami cadangkan anda muat naik juga gambar lepas buang air dengan caption 'air takde so harini tak dapat basuh berak'.

Sumber gambar: Facebook Jamal Yunos

0 comment... add one now